"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar...
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi-unknown"
Semalam impulsively g jenguk rukia & anak2.Dok g lenggang kangkong jek, tak bawak hp.Hehe.. ingatkan nak turun bawak kejap jek, sekali 'tersesat' ke umah kia.. lagipun hp xde kredit pong.. malas nak angkut sekali.Terlepas rindu dendam jumpa kia.. dpt tiom2 & gomoi2 dia.. shomelnya diaaaaa…anak2 pun dah besaw gajah!! Hahaha.. sumer pun very the notiii…
Nak di jadikan citer, balik dr jenguk kia, ada 4 miskol!! 3 from my sisters & 1 from my bro in law.Alamak!!! I start sweating la… apa kes?? Ada emergency ke?? Is sumthing happened to my mom or what? Uwaaa.. xde kredit pulakkk!! Dan2 tu le wabbit g topup & hastily called them back.
1st – call ibu, Tanya wassap?? Jawapannya adalah.. dia tengah buring tahap gaban.Saja nak borak2 & ajak ym… huh??!!
2nd – call makandak, Tanya awat called? Dia ckp, sajaaaa jeeee… nak kabo, kucing dia si lolat suka isap jari & they got 2 additional cats.. siap tanya bila nak balik tgk kucing2 dia yg comei.. arghhhhh!!!
Adoilaaa… sabojelah ngan kakak2 ak nih… ingatkan emergency apa laa.. kebetulan masing2 call selang beberapa minit jek.. malas nak hubungi dok other miskol.Kalo sumthing important, mesti derang call balik kan?? Baik layan tgk tv..
Syukur Alhamdulillah majlis open house yg telah dirancang telah selamat selesai.Terima kasih untuk semua tetamu yang sudi melapangkan masa memeriahkan majlis ni.Antara tetamu yg hadir pada hari tu ialah jid ngan anak dara comeinya, wan dan asya, iejay, nawwir, syud, kaknOor, kak notie, kak uda, eila, kak ija dan iffa, kak yah, kaksu, norra, dyea, ijam, azrul dan awek barunya, lizabakal tunang, kak mai sekeluarga, fray sekeluarga, jia sekeluarga dan tak lupa juga bekas osmate, ellie & fadz.Luv you all soooo much!!!
Jid thanks ya untuk choc cupcake tu.. Wan yang sebenarnya sedang tak sihat.. huuu terima kasih bebanyak wan.. sakit2 pun sanggup hantar barang yg wabbit nak pinjam.. iejay, thanks juga yeuntuk dessert yg sangat cantik & sedap tu.. kaknOOr & kak notie, thanks untuk kek carrot cheesecake yg mmg fav wabbit.
Dan terima kasih berjuta-juta lemon untuk miow & juga lia.Rasanya tak terbalas budi korang berdua yg sanggup bersusah payah menyumbang tenaga be'rewang' untuk menjayakan majlis ni.Luv u both!!
Sajian istemewa yang disediakan oleh kami bertiga ialah nasi impit + rendang ayam, mee bandung muar, dadih, buah, eskim m'sia & chocolate, sweets & lollipop for the kids.
Hehe.. harap2 xde yg sakit perut dengan hidangan yg disediakan dan tak serik utk berkunjung ke umah wabbit. Wabbit juga mintak maaf atas segala kekurangan di majlis kecil ni.
ps: thanks juga ibu for ehem.. ehem.. (xleh citer, nanti pecah lobang.. ekekeke...)
'coincidence is but an illusion in this world. There is inevitability in everyting' ~ yuko
Just finish watched anime XXXHolic and XXXHolic-Kei.I thought I was the only one turned into chocoholic after watching this anime.Rupanya ada orang yg lagi teruk.. ekekeke…. I love this anime.The stories, the character, the drawings… everything! Hehe...
Last Saturday, temankan miow g openhouse bobo dia.On the way g open house tu rasa nak singgah mana2 restauran dulu aje.. lapaw gileee!Dok sarapan sebijik pisang je pagi tu.Huh! Makanan monkey mana buleh buat perut manusia kenyang.. ekekek…sampai je disambut dengan bobo miow yg katanya garang cam singe.. hehe.. tapi hari ni dia baik je.. xde la nak gigit orang ke apa.. so, selamat la kami belum sempat panas montot, dok usha makanan yg terhidang.Fuihhh!! Macam2 adaaa!! Tapi pas makan nasik minyak sikit, perut dh xleh nak terima lagi.. huuu.. dh penuh ngan angin!! Hahaa… I'm enjoying myself here.Sbb dpt wit ghaye!! Olalala..
Balik dr open hse, temankan miow nak register amik lesen.Huuu jauhnya!! ada ke budak comei2 pakai baju kurung kena jalan tengah2 panas! Kejam toi si miow.. dia ajak makan kenyang2, pastu dia dera kiter.. huuu balik terus i pengsan!!
On Sunday plak, tibalah hari yang ditunggu2, dating ngan geng2 ub ngan penulis zahrah de tigris, Khairyn Othman.Hehe.. dapat juga bersua wajah dengan cik kak yg dok jauh nun di negara monster loch ness (khairin pernah jumpe ngan otomen tengah fighting2 ngan monster ni dak agaknya ek?? Hehe…) as usual kalu dh dok bergathering, riuh rendah secret recipe dengan keletah masing.Siap ada surprise lagik!! Sempena ulangtahun JS yang ke3, JS menghadiahkan kami dengan novel ruby yang terbaru, Percayalah… Akhirnya.What a lovely surprise!! Thank you kaksu, kakyah & ruby!!!Semoga JS bertambah maju jaya!!Ruby juga memberi saputangan yg digubah sebagai bunga rose.. cantik.. tapi agak suspen gak, adakah tanda sapu tangan ni? Adakah untuk mengusap air mata yg bakal mengalir.. huuu tak sabar nk baca kisah denial dan atikah..
Seronok dapat berkenalan dengan khairyn othman.Sayangnya wabbit tak dapat tandatangannya kat buku2 wabbit. huu… satu dok merantau ke US dan datu lagi MIA sejak pindah umah arituh.. huuuu…. Tak tau mana lagi nak godek2 utk carik buku bergambar teddy kesayangan wabbit tu..
Anyway, terima kasih untuk semua atas satu lagi kenangan yang sangat manis ni.. luv you all!! Muahhhh!!!!!