cwazywabbitNovember 22nd Female
thanks dearest nacha & wan
persidangan tingkap
|
|
|
 |
|
Monday, June 26, 2006
Weekend lepas wabbit x bejalan ke mana pun, entahlah rasanya kalau menjejakkan kaki je dari rumah, mudah betul dijangkiti virus.. Pergilah ke mana pun… epidemik batuk & selsema berleluasa tol.. walau dirayu, wabbit tetap dengan pendirian wabbit untuk lepak je kt wumah. Wabbit nak sihat sepenuhnya by this weekend.. wabbit nak balik kampung!!! Hihi.. abang wabbit pulak nak wat kenduri durian… nyahahahaahhaa.. x sabar nak balik…
TIADA LAGI CINTA - NOR RAFISHAH MD. HASSAN
Wabbit rasa Tiada Lagi Cinta (TLC) agak unik & berbeza dari novel2 lain.. istimewanya TLC bukan kisah cinta, tapi kisah putus cinta.. hihi kisah Amir & Masyitah dalam perjalanan ke Dungun, kedua-dua insan nih tangah frust tonggeng-tonggeng.. kedua-duanya ke Trengganu bagi memenuhi undangan perkahwinan.. Amir diundang ke majlis bekas tunangnya & Syitah pula undangan perkahwinan teman sepejabat yang menaruh hati padanya. Kebetulan pula, bekas kekasih Shitah, Zach juga akan berkahwin pada hari yang sama.. Sedikit demi sedikit, terbongkarlah kisah sedih Amir & Shitah..
Sikap Amir yang terlalu baik terhadap adik angkatnya Juita, membangkitkan api cemburu tunangannya Armiza, walau dihalang berulang kali Amir tetap ego & tetap rapat dengan Juita. Sangsi yang berlubuk di hati Armiza nyata berasas bila Juita "memerangkap" Amir.. Keegoan & kedegilan Amir, membuatkan dia kehilangan Armiza, as he called "cinta teragungnya" hingga separuh nanar dibuatnya..
Shitah pulak bercinta dengan Zachary Watson, rakan sekampus yang beragama kristian berbangsa Kadazan. Biasalah kisah cinta berlainan bangsa & agama… wabbit rasa norra bijak tidak meleret-leretkan kisah halangan-halangan keluarga Shitah & Zach.. sebab memang kita sendiri sedia tahu hal-hal tersebut… Kecundang juga cinta Shitah bila Zach terpaksa berkahwin dengan sepupunye Daphne.. Redha Shitah dengan ketentuan-Nya.
Zach : Aku sepatutnya lebih takut untuk kehilangan kemanisan cinta ketika menghadap-Nya di dalam sujudku, daripada takut untuk kehilangan kemanisan cinta yang didambakan pada seorang manusia.
Shitah : Biarlah saya kehilangan cinta saya, asalkan saya tidak kehilangan agama saya. Saya rela kehilangan Zach, kerana saya tahu dia melakukan semua ini demi kasih sayangnya terhadap orang tuanya….
"Kalau seseorang itu milik kita, walau jauh di balik gunung pun, ia tetap akan menjadi milik kita. Tapi kalau sudah tertulis yang dia bukan milik kita, berada di depan mata sekali pun, kita tetap tak akan mendapatnya. Perkara jodoh ni bukannya perkara yang terletak di bawah kekuasaan kita, ia adalah tertakluk kepada ketentuan Allah.Sebab itu, berdoa dan bermohonlah kepada-Nya supaya Dia mengatur dan memberi apa yang terbaik buat diri kita…"
So… wabbit rasa TLC mengenai redha dan pasrah menerima ketentuan-Nya. Jodoh pertemuan, perpisahan ditentukan oleh-Nya juga.. dalam TLC, there's really no bad person, yang ada cuma manusia yang tentunya mempunyai pelbagai kelemahan, kerana yang sempurna di dunia ini hanya ALLAH s.w.a. jua..
Dungun, bagi wabbit menyimpan paling manis zaman remaja.. ahak.. ahak.... tempat2 yang dijejaki oleh Amir & Shitah pernah wabbit jejaki dulu.. Menuntut di UITM selama 3 tahun, satu kenangan yang tak mungkin dilupakan.. Tidur berteman terang bulan, didodoi dengan deruan ombak laut, Paginya pula dapat menikmati keindahan sunrise.. very idyllic existence for me back then & Wabbit rindui hingga sekarang.. So, this journey that Amir & Shitah make, it's like a flash of great memories.. 

Posted at 05:22 pm by cwazywabbit
Permalink
Friday, June 23, 2006
ihik... ihik... gambar terbaru wabbit.... baru amik tadi masa nak lunch... hihi.. banyak tol.. x terabis makan sowang-sowang *terlentang kekenyangan* 

Posted at 01:05 pm by cwazywabbit
Permalink
Wednesday, June 21, 2006

Sabtu lepas wabbit ke kotaraya, cuma beli satu cd anime je… citer anime korea Oseam.. Dah lama wabbit tertarik nk beli, shantik betol cover dia.. it's really work of art.. Dengan tak sabarnya malam tuh gak wabbit tengok citer nih.. Lord & behold!! Perminat-peminat anime.. check this out.. nampaknya animator2 dari korea betul-betul menunjukkan belang derang.. memang betul-betul 1st class production.. Tengok citer Oseam nih, macam tengok lukisan bergerak… kita dipertontonkan dengan Korean countryside & perubahan musim… Wowwi… x berkedip wabbit nengok.. cuma…. Jeng.. jeng.. jeng.. ada slack sket…….. je… dubbing suara ok.. cuma x sesmooth anime jepun.. suara xde tp molot still bergerak.. tapi x le teruk sangat cam filem melayu.. ihik.. ihik..
Jalan citer Oseam pun best walaupun dramanya agak berat.. Diambil dari kisah dongeng korea, kisah 2 orang anak yatim piatu Gilson, budak lelaki 5 tahun yang aktif & dan kakanya Gimi yang buta.. Gilson percaya derang on the journey cari mak derang.. padahal dia tak tau mak dia dah mati dalam kebakaran yang juga mengakibatkan mata kakak dia buta.. dari satu kampung ke satu kampung derang berkelana, hidup ngan belas ikhsan penduduk-penduduk kampung yang bersimpati.. Walaupun Gilson kengkadang tuh teruk kena buli dek budak-budak nakal.. dia selalu je wat-wat ceria kat Gimi.. Walaupun Gilson kecik lagi, dia take care & jadi mata pada Gimi yang buta tuh… 

As fate has it, Gilson & Gimi terserempak ngan 2 orang sami & sami nih bawak derang kat tample. Kesian Gilson, boring tahap gaban dia dok kt situh, so, macam2 Gilson buat utk hilangkan rasa boring…porak peranda keadaan tample tuh dibuat Gilson. One day, lepas Gilson & Gimi kena buli, Gilson buat keputusan nak ikot sorang sami ni pi bertapa kat bukit sepanjang musim sejuk.. Gilson nak belajar melihat dengan mata hati.. dia nak belajar sungguh2 supaya dia dapat lihat mak dia dalam mimpi & ajar Gimi supaya Gimi dapat melihat keindahan & warna2 alam..
Dengan cuaca musim sejuk yang semakin buruk, sami terpaksa tinggalkan Gilson sendirian di bukit untuk membeli barang2 makanan.. Bila sami yang baik hati tu ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik, dapatkah Gilson bertahan? Hik.. hik.. tengok ar sendiri.. 
A massive achievement from the Korean animation industry. — Stig Høgset
Recommended Audience: This movie is for everyone. The only violence there is (if you can even call it that), is children fighting. Other than that, this movie has NOTHING objectionable whatsoever. Parents should be prepared to answer questions, though, for those who don't understand or console those who do. The ending is perhaps one of the most emotionally draining I've ever seen in a movie of any type. *wabbit petik dari http://www.themanime.org*
Nota wabbit: without a doubt, watching Oseam make me cry a river.. sedih tahap gaban!!! Wabbit rasa x rugi beli cd nih. Walaupun ada unsur-unsur budha, tapi unsur kemanusiaan tetap menyentuh perasaan. 

Posted at 01:24 pm by cwazywabbit
Permalink
Monday, June 19, 2006
TERPISAT-PISAT DI PAGI ISNIN
Rasanya hari nih wabbit masih dalam keadaaam mamai lagi… Tengok anime sampai kol 4 pagi semalam… huh.. kami kalo dh tengok anime tak ingat dunia!!! Bila dh pagi barulah terpisat-pisat nak bangun.. (chewah… nak jugak guna perkataan yang terkenal tuh…)
Anyway, I've had a great weekend… Alhamdulillah nampaknya wabbit dah 100% free dari demam & batuk… sakit tuh wat wabbit ingat & amat mensyukuri kesihatan yang dikurniaan olehNya… hihi… bila sihat sume rasa indah… Sabtu wabbit baca novel & golek2 atas katil je.. oh.. dan mengusik kengkawan yang kena koje arituh.. ekekeee… sian derang …. Tengahari plak hujan turun dengan teramat lebat… after lunch & solat, wabbit pun tarik balik selimut… nyamanye…… maklumlah, first decent sleep I've had in weeks, pulun puas-puas… petangnya wabbit pegi ke Kotaraya ngan Miow..(partner in crime) ada sale citer Korea, Jepun & anime besar-besaran kat situh.. Clearence sale rupanya, derang nk pindah kedai, ala… lepas nih susah lah nak cari anime best-best.. kedai-kedai baru nih x bawah satu bumbung lagi.. pas borong animes, kami jenjalan kt Petaling Street.. beli buah berangan.. wei.. sedapnya makan panas-panas… 
Sunday petang wabbit pegi Mid Valley, share makan tiramisu kek ngan miow kt Secret Recipe .. kami order ice lemon tea.. padahal dua2 eko baru lepas batuk.. ahhh…. sungguh lazat dan nyaman sekali!!! Lepas p beli barang kt Care4, wabbit terjah MPH.. usha novel-novel kt situh… berkenan 1-2 bijik.. tapi apakan daya.. terpaksa pulang balik ke rak… almaklomlah tabung smiley tengah tenat sekarang.. lepak2 kt MPH sampai derang suruh kami balik…. ihik.. ihik... kalu buleh nak tido je kat situh..
Tengah malam rasa lapar la pulak… dinner tadi makan kek je.. terpaksalah wabbit raid dapur & makan mamee mawi sambil temankan Miow tengok anime.. THE FLAME OF RECCA, sedar2 dah kol 4 pagi… Erkk!!! 
Posted at 01:07 pm by cwazywabbit
Permalink
Friday, June 16, 2006
TABUNG SMILEY YG SANGAT KASIHAN
Hehe... nampak sangat tak de benda nak citer.... Inilah tabung smiley wabbit yang selalu manjadi mangsa wabbit... sian dia.... asyik kering kontang je... Yang dok kt sebelah dia tuh wabbit ah... shomel tak?? huh huh??? shomel?

ps: sapa2 yg nak bantu mengisi kekosongan smiley wabbit.. sangatlah dialu-alukan silalah ye, jangan malu-malu ek... aiman tak kisah...
yang benar wabbit shomel binti wabbit ensem
Posted at 10:52 am by cwazywabbit
Permalink
|
|
|