cwazywabbitNovember 22nd Female
thanks dearest nacha & wan
persidangan tingkap
|
|
|
 |
|
Friday, June 23, 2006
ihik... ihik... gambar terbaru wabbit.... baru amik tadi masa nak lunch... hihi.. banyak tol.. x terabis makan sowang-sowang *terlentang kekenyangan* 

Posted at 01:05 pm by cwazywabbit
Permalink
Wednesday, June 21, 2006

Sabtu lepas wabbit ke kotaraya, cuma beli satu cd anime je… citer anime korea Oseam.. Dah lama wabbit tertarik nk beli, shantik betol cover dia.. it's really work of art.. Dengan tak sabarnya malam tuh gak wabbit tengok citer nih.. Lord & behold!! Perminat-peminat anime.. check this out.. nampaknya animator2 dari korea betul-betul menunjukkan belang derang.. memang betul-betul 1st class production.. Tengok citer Oseam nih, macam tengok lukisan bergerak… kita dipertontonkan dengan Korean countryside & perubahan musim… Wowwi… x berkedip wabbit nengok.. cuma…. Jeng.. jeng.. jeng.. ada slack sket…….. je… dubbing suara ok.. cuma x sesmooth anime jepun.. suara xde tp molot still bergerak.. tapi x le teruk sangat cam filem melayu.. ihik.. ihik..
Jalan citer Oseam pun best walaupun dramanya agak berat.. Diambil dari kisah dongeng korea, kisah 2 orang anak yatim piatu Gilson, budak lelaki 5 tahun yang aktif & dan kakanya Gimi yang buta.. Gilson percaya derang on the journey cari mak derang.. padahal dia tak tau mak dia dah mati dalam kebakaran yang juga mengakibatkan mata kakak dia buta.. dari satu kampung ke satu kampung derang berkelana, hidup ngan belas ikhsan penduduk-penduduk kampung yang bersimpati.. Walaupun Gilson kengkadang tuh teruk kena buli dek budak-budak nakal.. dia selalu je wat-wat ceria kat Gimi.. Walaupun Gilson kecik lagi, dia take care & jadi mata pada Gimi yang buta tuh… 

As fate has it, Gilson & Gimi terserempak ngan 2 orang sami & sami nih bawak derang kat tample. Kesian Gilson, boring tahap gaban dia dok kt situh, so, macam2 Gilson buat utk hilangkan rasa boring…porak peranda keadaan tample tuh dibuat Gilson. One day, lepas Gilson & Gimi kena buli, Gilson buat keputusan nak ikot sorang sami ni pi bertapa kat bukit sepanjang musim sejuk.. Gilson nak belajar melihat dengan mata hati.. dia nak belajar sungguh2 supaya dia dapat lihat mak dia dalam mimpi & ajar Gimi supaya Gimi dapat melihat keindahan & warna2 alam..
Dengan cuaca musim sejuk yang semakin buruk, sami terpaksa tinggalkan Gilson sendirian di bukit untuk membeli barang2 makanan.. Bila sami yang baik hati tu ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik, dapatkah Gilson bertahan? Hik.. hik.. tengok ar sendiri.. 
A massive achievement from the Korean animation industry. — Stig Høgset
Recommended Audience: This movie is for everyone. The only violence there is (if you can even call it that), is children fighting. Other than that, this movie has NOTHING objectionable whatsoever. Parents should be prepared to answer questions, though, for those who don't understand or console those who do. The ending is perhaps one of the most emotionally draining I've ever seen in a movie of any type. *wabbit petik dari http://www.themanime.org*
Nota wabbit: without a doubt, watching Oseam make me cry a river.. sedih tahap gaban!!! Wabbit rasa x rugi beli cd nih. Walaupun ada unsur-unsur budha, tapi unsur kemanusiaan tetap menyentuh perasaan. 

Posted at 01:24 pm by cwazywabbit
Permalink
Monday, June 19, 2006
TERPISAT-PISAT DI PAGI ISNIN
Rasanya hari nih wabbit masih dalam keadaaam mamai lagi… Tengok anime sampai kol 4 pagi semalam… huh.. kami kalo dh tengok anime tak ingat dunia!!! Bila dh pagi barulah terpisat-pisat nak bangun.. (chewah… nak jugak guna perkataan yang terkenal tuh…)
Anyway, I've had a great weekend… Alhamdulillah nampaknya wabbit dah 100% free dari demam & batuk… sakit tuh wat wabbit ingat & amat mensyukuri kesihatan yang dikurniaan olehNya… hihi… bila sihat sume rasa indah… Sabtu wabbit baca novel & golek2 atas katil je.. oh.. dan mengusik kengkawan yang kena koje arituh.. ekekeee… sian derang …. Tengahari plak hujan turun dengan teramat lebat… after lunch & solat, wabbit pun tarik balik selimut… nyamanye…… maklumlah, first decent sleep I've had in weeks, pulun puas-puas… petangnya wabbit pegi ke Kotaraya ngan Miow..(partner in crime) ada sale citer Korea, Jepun & anime besar-besaran kat situh.. Clearence sale rupanya, derang nk pindah kedai, ala… lepas nih susah lah nak cari anime best-best.. kedai-kedai baru nih x bawah satu bumbung lagi.. pas borong animes, kami jenjalan kt Petaling Street.. beli buah berangan.. wei.. sedapnya makan panas-panas… 
Sunday petang wabbit pegi Mid Valley, share makan tiramisu kek ngan miow kt Secret Recipe .. kami order ice lemon tea.. padahal dua2 eko baru lepas batuk.. ahhh…. sungguh lazat dan nyaman sekali!!! Lepas p beli barang kt Care4, wabbit terjah MPH.. usha novel-novel kt situh… berkenan 1-2 bijik.. tapi apakan daya.. terpaksa pulang balik ke rak… almaklomlah tabung smiley tengah tenat sekarang.. lepak2 kt MPH sampai derang suruh kami balik…. ihik.. ihik... kalu buleh nak tido je kat situh..
Tengah malam rasa lapar la pulak… dinner tadi makan kek je.. terpaksalah wabbit raid dapur & makan mamee mawi sambil temankan Miow tengok anime.. THE FLAME OF RECCA, sedar2 dah kol 4 pagi… Erkk!!! 
Posted at 01:07 pm by cwazywabbit
Permalink
Friday, June 16, 2006
TABUNG SMILEY YG SANGAT KASIHAN
Hehe... nampak sangat tak de benda nak citer.... Inilah tabung smiley wabbit yang selalu manjadi mangsa wabbit... sian dia.... asyik kering kontang je... Yang dok kt sebelah dia tuh wabbit ah... shomel tak?? huh huh??? shomel?

ps: sapa2 yg nak bantu mengisi kekosongan smiley wabbit.. sangatlah dialu-alukan silalah ye, jangan malu-malu ek... aiman tak kisah...
yang benar wabbit shomel binti wabbit ensem
Posted at 10:52 am by cwazywabbit
Permalink
Monday, June 12, 2006
"Send Someone to love me"
"Apa yang kamu lukis ini?"
"Bunga cikgu." tergagap-gagap dia menjawab.
Cikgu Yatim mengangkat lukisannya lalu menayangkan kepada semua pelajar yang lain. Dia terus tunduk menggigit bibit. Terdengar tawa-tawa kecil. Dadanya kian berdebar.
"Ada sesiapa yang boleh beritahu saya ini gambar apa? Adilah kata ini bunga tetapi…." Cikgu Yatim merenung Adilah.
Dia memerhati wajah teman-temannya. Mengharap belas mereka. Berharap ada yang mengangkat tangan dan menyelamatkannya.
"Tiadakah angel yang mahu melindungiku?" Hatinya terus mengharap.
Hemm……… tak tau kenapa, tetapi hati wabbit begitu terpanggil untuk membeli MY ANGEL. Bukan wabbit tak tau buku nih buku untuk bebudak.. Mungkin hati wabbit tersentuh bila membaca phase "Send someone to love me.." . Perkara biasa bila remaja / orang dewasa mengutarakan perkataan2 cam nih.. hehe… mengharapkan prince charming to love us.. tapi bila kanak2 yang mengucapkannya.. terasa simpati yang teramat.. hati wabbit tertanya2 kanapa anak kecil berusia 9 tahun mempunyai perasaan seperti itu sedangkan kanak-kanak sebayanya take love from family & friends for granted..
MY ANGEL menyingkap kisah hidup Adilah dari dia kecik sampai le sekolah menengah.. Pemergian ibu tercinta tanpa sebarang penjelasan dan selamat tinggal wabbit rasa mencorak kehidupan Adilah and make her the way she is. Sentiasa mengharapkan dan memerlukan kehadiaran "Angel" untuk menjadi penyelamatnya. Kisah persahabatan, keluarga & kehidupan dilihat dari presepsi kanak2.
Wabbit tak pasti kalau anak2 suka baca buku nih.. MY ANGEL akan dihadiakan kepada anak saudara wabbit & wabbit akan tanya pendapatnya. Pada wabbit jalan cerita MY ANGLE agak ok tapi cara penceritaan kurang ‘smooth’.. Apa pun wabbit tak sabar menunggu komen dari anak sedara wabbit.. 
Posted at 05:16 pm by cwazywabbit
Permalink
|
|
|