"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar...
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi-unknown"



cwazywabbit
November 22nd
Female




thanks dearest nacha & wan


persidangan tingkap
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



FRIENDSHIP CIRCLE



My Playground...

norra
klena
kak anis
ct
damya
wan
kak mon
izza
k em
abang
mamaE
infa
kaksu
lia
ruby
enigma
si kodok
jid
ryana
iejay
mama jambu
kak ija
izzul
nor ash
spec
bunga
au
Dew-Dew
Fatah
Hannah
Nacha




sekadar berkongsi rasa
percayalah
- ruby hazri

tiada lagi cinta
- nor rafishah md. hassan

my angel
- aizam aiman

kau yang satu
- nia azalea

nyanyian tanjung sepi
- noor suraya

hati yang terusik
- nia azalea

rinduku di angin lalu
- norisah abu bakar



halwa tinge si wabbit


F.T Island - Sarangalhee.mp3 -



drop me love letters
cwazywabbit_06@yahoo.com


Free Web Counter



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, May 30, 2006
NYANYIAN TANJUNG SEPI – NOOR SURAYA

Wabbit memang suka membaca novel-novel karya Kak Su. Sedar tak sedar sume novel-novelnya wabbit dah baca. Pendapat ikhlas wabbit, kat semua kulit buku-buku Kak Su sepatutnya ada warning sign: AMARAN – Sila sediakan 1 @ 2 kotak tisu semasa membaca buku ini, anda akan memerlukannya.. Apa taknye wabbit yang agak berhati batu ni pon boleh mengalirkan air mata.. adus.. adalah modal kengkawan nak mengenekan wabbit.Hurmph

Komen seorang teman: alah.. citer best tapi banyak pantun2 ar.. macam jiwang sangat.. Tapi wabbit suka, pantun, seni yang semakin terpinggir oleh masyarakat melayu. Seingat wabbit, dulu wabbit pernah jadi juara berpantun kt sekolah, Shadestapi sekarang nih, nak wat serangkap pantun pon cam nak pecah pale.. otak wabbit dah beku gamaknye.. almaklomlah tak pernah practice dah..

NYANYIAN TANJUNG SEPI
Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?


Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!

Adus… dah lah wabbit baca buku nih weekdays.. habuannya, tak tido le wabbit malam tu & pegi koje ngan mata yg bengkak.. menangis berbakol-bakol, kalo nk wat hantaran utk Puteri Gunung Ledang, tak yah panggil orang lain, air mata wabbit dh cukup dah.. Shades

Perjalanan hidup Khalida dari seorang gadis polos yang naif dan manja hinggalah dihujani dengan segala macam dugaan.. tapi segala cabaran yg diharapi tidak sekali-kali menjatuhkan semangat Khalida.. I wish I was strong like her.. Big SmileAqmar, hemm… macam mana ek? Sometimes I like him, sometimes I don't.. Takkan lah soal jodoh, terus serah pada mak.. tanyalah tuan punye diri dulu.. huh!! takut orang takmo lah tu..Hurmph Zainur.. aiseh, dia nih macam lagu Michel Learn To Rock ar.. 25 minutes too late.. cian.. hemm, pas kita jatuh ati pada Aqmar, agak payah nak fall for Zainur balik coz' dia menyepi terlalu lama.. what we know about him, dia bekas lecture Khalida & have feeling for her.. Diselitkan juga keletah Aliya(Tanah Andriyana) yang nakal .. Wink

Dari Arab turun ke Acheh,
Naik ke Jawa berkebun serai,
Apa diharap hati yang kasih,
Badan dan nyawa lagi bercerai..cry

Kawan-kawan wabbit kata Nyanyian Tanjung Sepi sesuai sangat kalau di buat filem, tak pon slot cerekarama or citer yang sambung-sambung tuh.. samarenda.. Rasa macam nak wat partition kat kak sue. Tapi rasanya Kak Sue kena work closely ngan pengarah baru 'soul' NTS tak disalah terjemah. Wabbit jadik tukang wat air pon cukup ar..Wink

Ps/ Mekacih Kak Su, jengguk wabbit kt sinih, entah bila lagi nak sampai lagi ek? Nanti wabbit boh enjin kuasa turbo kt kayak Kat Su eh..Shades

Posted at 10:09 am by cwazywabbit
Comments (14)  

Friday, May 26, 2006
X-MEN III – THE LAST STAND

Tengahari tadi wabbit tengok X-Men III kt Mid Valley ngan kawan wabbit yang datang bercuti dari Pahang.. Kelakarnya kami, 3-4 bulan tak jumpa, dua-dua ekor sama-sama gelap gulita cam bontot kuali.. rupa-rupanya dia pon rajin swimming sekarang.. jaga badan.. ekekek.. Wabbit memang suka tengok movie masa baru2 kuar.. tak diinfluence kawan-kawan or revies dr paper. Kalu review buku tuh wabbit suke, tapi kalo movie, potong stim jer… tapi biasanya takle wabbit wat koje gile nengok movie tengahari buta!! Tapi coz member dah nak balik Pahang sok, orait jelah.. laipon lama tak jadi kacang hantu dengan dia..

Plot Summary for X-Men: The Last Stand

The X-Men, mutant heroes sworn to defend a world that hates and fears them, are back! This time, with the help of new recruits The Beast and Angel, they must face evolution itself in the form of their former teammate, Jean Grey. Possessed with the cosmic power of the Dark Phoenix, the resurrected Jean Grey has become a danger to herself, her mutant comrades, and the entire planet. To stave off this imminent threat to humanity, a potential cure is discovered and processed to treat -- and ultimately eliminate -- genetic mutations, once and for all. Now, as the battle lines are drawn, the X-Men, led by Professor Charles Xavier, must contend with both Jean Grey's world-consuming powers, as well as the malevolent Brotherhood, a band of powerful mutants organized under Xavier's former ally, Magneto. *wabbit copy dr www.imdb.com*

Wabbit rasa citer X-Men yang 1st & 2nd lebih best sedikit dari X-Men3 sebab adegan-adegan pertarungan yang fresh & maha dasyat___ disamping plot yang lebih menarik. Ramai muka baru ditonjolkan dalam X-Men 3, tapi kuasa diaorang tak lah dipertontonkan sangat. Nampak cam muka bebudak je diaorang tuh(almaklomlah student X-Men).. Tak macho ar.. heheh.. tu kot salah satu penyebab kekurengan X-Men 3 pada pandangan wabbit.. nyehahah.. *gelak jahat*WinkLagi satu, tak larat gila dok dalam panggung dengan keadaan sakit belakang.. adus.. sakit tahap gaban nih!!… Kenapa tah agaknya, dah 2-3 hari tak hilang-hilang.. rasanya nak pi klinik ke nak urut dulu? Ouch!!

Posted at 05:53 pm by cwazywabbit
Comments (6)  

Thursday, May 25, 2006
HATI YANG TERUSIK – NIA AZALEA

Setelah baca 2nd book Nia, wabbit dah memang tertarik dengan gaya tulisan beliau & bermulalah misi wabbit mencari karya-karya Nia yang lain. As luck have it, Hati Yang Terusik memang sedang hangat di pasaran..Akhirnya wabbit berjaya juga memiliki buku yang dah berminggu-minggu dok 1st place bestseller malay novel di MPH Mid Valley. Last weekend baru je lepas baca setelah beberapa hari wabbit belek-belek sbb sayang nak buang wrapping nyer.. almaklomlah tengah banyak koleksi novel.. kena abiskan yang lama dolu.. tapi seperti kebiasaannya.. wabbit tewas dengan godaan..Tongue

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakkat kehidupan tidak memungkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.. HATI YANG TERUSIK

Pada pendapat wabbit yang tak seberapa nih, Hati Yang Terusik menonjolkan isu-isu biasa, cinta & keluarga. Yang istimewanya sentuhan Nia yang menghidupkan HYT. Terasa diri berada dikelompok watak-watak HYT. Dapat wabbit bayangkan betapa dinginnya musim salju, betapa indahnya musim bunga & betapa bahagianya berada di padang yang dikelilingi pepohon lavender… Bijak Nia mengusik jantung hati pembaca.. bermacam-macam emosi muncul waktu membaca HYT.. simpati yg tak berpenghujung dengan nasib Irene, happy bila Farhan & Vanessa courting.. geram dengan sikap Farhan, marah, simpati, amused.. macam-macam ar..

Paling wabbit suka, sikap Farhan yang focus & serius bertukar 180 darjah bila dia jatuh hati dengan Vanessa. Pastu cara dia cuba memikat/mengusik Vanessa kembali sungguh nakal & lucu sekali.. Wicked!! I like it though.. nyehehehhh… Wink

ps.  wabbit tak buleh nk boh cover Hati Yang Terusik.. dia takmo upload!Hurmph

Posted at 04:13 pm by cwazywabbit
Comments (11)  

Tuesday, May 23, 2006
WABBIT KENA BUATAN ORANG?

Dah 2-3 hari wabbit rasa tak selesa… Hati nih, berdegub-degub je cam enjin kereta F1. Keadaan fizikal pon dah berubah.. pelik tol wabbit… adakah wabbit terkena buatan orang? Semalam terjawabla segala kekusutan di kepala wabbit….

BOS: "Wabbit… Esok saya nak ke Morocco, tolong siapkan kerja-kerja yang saya tinggalkan untuk awak. Kalau ada apa-apa hal, SMS aje, jangan telefon, karang melambung bill talipon saya. Tolong tengok-tengokkan ladang carrot saya ye…"

WABBIT: "hemm em…." Angguk-angguk kepala dengan muka innocent & chomel.. "En. Bos pi sampai bila?"

BOS: "Sampai 31hb. nih, Kalau ada apa-apa nanti saya SMS"

WABBIT: "ok" senyum sket…..

BOS: "Saya balik dulu…" keluar dari opis..

WABBIT: "ok"… dalam ati.. "Bos.. beli lah souvenir kat wabbit dan kawan-kawan…"

Bos dah selamat pergi….

WABBIT & KAWAN2 MENGIRINGI PEMERGIAN BOS DENGAN LAGU "MERDEKA" DAN "SELAMAT HARI RAYA" DENGAN SENYUMAN SAMPAI KE TELINGA… Alkisah ternampaklah gigi depan wabbit yang dua batang itu sudah bertambah panjangnye dari masa ke semasa, telinga wabbit yang dah berubah bentuk jadi macam tanduk dan ekor wabbit yang panjangnye dah berjela-jela… Wink

 

HAPPY BIRTHDAYS!!!

 

Hepi besday to you... hepi besday to you....... hepi besday to yana & klena!!!! hepi besday to you!!!! wabbit nyanyi dengan penuh semangat & suara yang merdu!! Wink*com pipi dua-dua belah* may all your wish come true, blessed with every happiness & sentiasa dirahmati-NYA.  Amin...

 

Posted at 09:46 am by cwazywabbit
Comments (3)  

Monday, May 22, 2006
DREADFUL MONDAY

Adus lemah segala tulang-temulang wabbit ari nih.. lengguh segala sendi, nak angkat satu jari pon cam tak larat… why? One word…. MONDAY!! That's what Garfield & me had in common, it's not that I hate the day, just what its represent.. work! *shoulder slump* Tak puas lagi wabbit nak golek-golek di atas tilam..

Dahle kena koje ari Sabtu, tak cukup rehat rasanye…

Mengkalanya wabbit dah pokai tahap gaban, weekend nih wabbit planed marathon baca buku-buku yang wabbit dah borong last week. My best laid out plan crushed when one of my oldest friends yang wabbit dah lama gile tak jumpa called and ajak jumpa kat KLCC. Dengan terpisat-pisat wabbit siap coz' masa dia tipon tu wabbit tengah tido.. then I begged Mas untuk temankan… mekacih Mas sayang….. bukan apa, dalam keadaan separa tidur, wabbit takut sesat plak… Murah betul rezeki wabbit akhir-akhir nih, arituh jumpa CJ, sekarang dapat jumpa Kak Sue di KLCC.. Cam mimpi plak dapat jumpa coz Kak Sue sekarang menetap di Lipis, Pahang.. Seperti CJ, Kak Sue juga masih tak berubah & when we hugged, terubat segala kerinduan yang tersimpan… Disebabkan Kak Sue nak balik ke Lipis petang tu gak, tak dapat lah berborak lama, after we catch up citer kawan2 lama… we said our goodbye…

After that, wabbit ngan Mas masuk Gallery Petronas, ada fabric exhibition kat situh… namanya pon pameran fabrik, puas la kami belek kain-kain yang dipamerkan, dari songket buatan Malaysia, hingga sutera dari India.. dahnya pak guard kata takleh sentuh. Boleh tengok je… kui.. kui.. kui.. kami kantoi!! Tapi bila tengok kerjatangan yang halus dan begitu detail, jari jemari wabbit memang macam ada kuasa sendiri, gatal nak explore… heheh… dahnya simpan tangan dalam poket.. biar dok diam-diam kat situh..

Puas ronda-ronda gallery tuh, kami terjah kinokuniya plak.. wah! Lama dah tak masuk sinih.. best gak! Banyak manga yang dah di translate ke BI. Tapi harganya mak datok!! Paling murah pon RM30 something.. Adus… baik beli novel lagi best… jenguk-jenguk area novel-novel melayu, terjumpa la pulak novel En. Manaf Hamzah yang telah diwar-warkan oleh enigma.. Dengan berat hati dan muka yang sedih, terpaksa la wabbit letakkan balik buku tu di tempat asal bila teringatkan yang tabung smiley wabbit yang dah pon kosong dan tak dapat feed the monster anymore.. monster?… sapa lagi … wabbit berbulu musang…

p/s: tak kira lah bookstore mana wabbit g.. wabbit tengok cuma satu rak khas untuk novel-novel melayu disediakan, nak kata novel melayu tak banyak… tipu sangatlah.. tengok je kat pesta buku arituh.. melambak.. nak kata pembaca melayu tak beli… tipu gak pasal ramai je wabbit tengok browse & beli.. so how?? *angkat kening 2-3 kali* kes pelik tapi benar…

Posted at 11:17 am by cwazywabbit
Make a comment  

Next Page